Teks dan gambar oleh Mastura Jamaluddin
Seramai 190 kanak-kanak menyertai Majlis Berkhatan dan
Bertindik Perdana yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Dura, Mukim Jenagor, Hulu
Terengganu, semalam. Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji
Ahmad Said.
Sebelum majlis berkenaan, kanak-kanak terbabit diarak
menaiki tandu diiringi 12 das tembakan mewakili 12 kampung dalam Mukim Jenagor.
Dalam masa sama, majlis penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR turut diadakan membabitkan
21 pelajar.
Dato' Seri Haji Ahmad Said meraikan kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan dan bertindik dengan mandi beramai-ramai di dalam kolam khas. |
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong, YB Rozi
Mamat, berkata adat tradisi akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya
generasi baru mengenali budaya unik mereka. Selain daripada itu, program ini
diadakan secara bergotong-royong dan mampu mengeratkan silaturrahim antara
penduduk kampung.
Dalam masa sama, Dato’ Seri Haji Ahmad said mengumumkan
bajet kira-kira RM70 juta untuk membina sebuah jambatan baru menghubungkan
Kampung Dusun ke Kuala Pueh melalui Kampung Kukuran, Hulu Terengganu.