“Sesuatu produk dan penghasilan yang baik tetapi jika gagal diberi promosi, iklan, hebahan dan penerangan, ia menjadi sebaliknya.
Lantaran itu kaedah yang disebutkan tadi akan menjadi keutamaan saya dengan menggunakan pelbagai saluran penerangan,” demikian kata Ketua Penerangan Umno Negeri Terengganu Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar.
Bercakap kepada Teganukita Dato’ Abdul Rahman yang juga bekas Ahli Parlimen Marang berkata, penerangan tentang kebaikan parti Umno, Barisan Nasional dan kerajaan perlu diteruskan sepanjang masa di samping menangkis serangan-serangan kepada parti itu.
Sebagai parti yang menjadi kerajaan, termasuk di Terengganu, apa yang dijalankan oleh kerajaan itu adalah sebenarnya Umno, tidak boleh sama sekali hendak diasingkan parti pemerintah dengan kerajaan yang memerintah, ia adalah saling berkaitan.
Bagaimanapun katanya, pihak beliau memerlukan kerjasama semua peringkat Bahagian, Peti Undi, Cawangan, parti-parti komponen BN, badan-badan bukan kerajaan, belia dan sebagainya bagi memantapkan tugas-tugas penerangan, promosi, pemasaran (dengan izin, marketing).
“Umno tidak boleh bersendirian, tetapi rakan strategik perlu diwujudkan, membina rangkaian dan jaringan dengan pelbagai lapisan masyarakat, barulah roh Umno yang memperjuangkan bangsa dan agama, mempelopori pembangunan negara, pembangunan insan dan membawa negara ke arah kemajuan yang cemerlang dapat meresap ke dalam jiwa masyarakat,” tegasnya.
Ini kerana katanya, semua yang sedang dinikmati sekarang adalah hasil dari perjuangan dan kejayaan Umno dan BN, tidak sesiapa pun boleh menafikan. Sambil mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang telah memberi kepercayaan kepadanya menerajui penerangan Umno Negeri, beliau berikrar akan menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya.
“Saya sedikit pun tidak menyangka dilantik tetapi apabila dilantik, maka adalah menjadi tugas saya untuk menjalankan tugas dan amanah itu dengan sebaik mungkin,” katanya.
Memandangkan pada masa ini, saluran media baru amat berpengaruh, beliau akan meneruskan usaha memperkasakan sebaran maklumat dan penjelasan isu melalui media baru atau media sosial seperti facebook, blog, youtube, dan pelbagai bentuk media baru yang menjadi saluran komunikasi generasi masa kini.
"Perlantikan ahli jawatankuasa dan mesyuarat serta perjumpaan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini," katanya.
(catatan penuh wawancara akan disiarkan selepas ini).