BERITA BAIK BAGI PENJAWAT AWAM DI TERENGGANU.
Kerajaan negeri akan mengikut langkah Kerajaan Pusat dengan membayar bonus sebulan setengah gaji kepada kira-kira 18,000 penjawat awam, termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said (gambar kecil) ketika mengesahkan perkara itu berkata, bagi tujuan itu, sejumlah peruntukan disediakan untuk diagihkan kepada semua penjawat awam.
“Kita akan ikut Kerajaan Pusat (bayar bonus), kita beri bonus sebulan setengah gaji seperti yang dibuat Kerajaan Pusat,” katanya.
Bayaran bonus itu akan dibuat dua kali iaitu setengah bulan pada Disember ini manakala selebihnya pada Januari depan.
Sebelum ini, penjawat awam telah dibayar bonus setengah bulan gaji sebelum perayaan Aidilfitri bulan lalu.