Oleh:
Ruslan Abdul Rahman, Pengarang Teganukita.
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan melakukan perasmian pecah tanah bagi projek itu esok. Tahniah pemimpin dan rakyat Terengganu.
Tidak
hebatkah Terengganu di bidang pelaburan sehingga dua negara
berkongsi ilmu dan teknologi membuka kilang dan hanya memilih
Malaysia dan negeri Terengganu satu satu pilihannya untuk kilang
pertama seumpamanya di dunia bagi penghasilan asid amino (untuk
makanan haiwan ternakan) melalui bioteknologi.
Terengganu
sebagai tapak bagi pembinaan loji biometionina pertama di dunia
memberi dokongan kepada Arkema (syarikat dari negara Perancis untuk
kimia), mengukuhkan kehadirannya di Malaysia di mana ia telah
mempunyai pusat-pusat pengeluaran di Singapura, Vietnam, China dan
Jepun.
Projek bagi menghasilkan bahan makanan haiwan ternakan dirintis melalui usahasama CJ Cheiljedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis dengan pelaburan awal dianggarkan bernilai RM2 billion.

Manakala
CJ CheilJedang Corp, South Korea’s adalah peneraju pengeluar produk
berasaskan penapaian seperti asid amina makanan, monosodium glutamat
dan nukleotida dengan mempunyai operasi pengeluaran dan perniagaan
global di enam benua.
Gabungan Arkema syarikat
kimia global dan peneraju pengeluar kimia Perancis dengan syarikat
dari Korea Selatan di bumi Terengganu ini membuktikan bahawa
Terengganu boleh!
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan melakukan perasmian pecah tanah bagi projek itu esok. Tahniah pemimpin dan rakyat Terengganu.
Loji
pengeluaran 80,000 tan metrik bio-metionina dan platform tiokimia itu
akan dibina di atas tapak seluas 70 hektar tahun depan dan akan
beroperasi pada 2013.
Ini akan menjadi pencapaian bagi industri bahan tambahan makanan global kerana bagi pertama kalinya, pengeluaran bio-metionina akan menyatukan kedua-dua bioteknologi canggih dan kimia gunaan.
Bio-metionina adalah belerang asid amino yang banyak digunakan bagi makanan haiwan di Asia.

Pemilihan
Terengganu khususnya dan Malaysia amnya berbanding Thailand atau
negara-negara lain di rantau ini adalah kerana insentif yang
kompetitif yang ditawarkan oleh negara dan pengkhususan Pembangunan
Koridor Wilayah Timur untuk petrokimia dan bahan kimia tulen.
Arkema merancang untuk membangunkan platform baru Asia untuk thio (kimia sebatian sulfur) pada masa akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak itu menjangkakan projek dapat menjana kesan limpahan yang ketara dan menggalakkan aktiviti ekonomi baru seperti penjanaan wap menggunakan sumber diperbaharui.
Rakyat Terengganu juga gembira Perdana Menteri mutakhir ini setiap bulan menerima pelawaan bagi mengunjungi Terengganu Darul Iman.

Baru
sahaja pada 6 September lalu berjumpa di perhimpunan yang melimpah 30
ribu rakyat Setiu dan Besut, esok 6 Oktober akan ke Kemaman pula
merasmikan kilang berasaskan teknologi baru. Sebelum itu pada 9 Ogos
telah pun datang berbuka puasa di Dun Tepoh dalam Parlimen Kuala
Nerus dan daerah Kuala Terengganu. Februari lalu (3 Feb) telah pun
datang ke Dun Batu Buruk, Ladang dan Rhu Rendang.
Ini
bermakna Terengganu, pemimpin dan rakyatnya amat dekat di hati Dato'
Sri Mohd Najib.