Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah meminta penjawat awam supaya menghayati prinsip ikrar perkhidmatan yang telah diikrarkan pada masa mula-mula menjawat jawatan yang diberikan.
Antara
lain ikrar perkhidmatan awam ialah:
Kami yang telah
dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa
semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini
kami:
·
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
·
Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
·
Berusaha mengikis sikap mementingkan
diri sendiri;
·
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan
kemesraan;
·
Bekerja ke arah memajukan pemikiran
rakyat dan pembangunan negara;
·
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara; dan
·
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Berikutan
adalah sambungan wawancara Pengarang Teganukita merangkap Timbalan Pengarah
Unit Komunikasi Negeri , Ruslan Abdul Rahman dengan Dato’ Haji Mazlan baru-baru
ini.
Pengarang : Mengapa perlunya ikrar itu dihayati?
Dato’
Haji Mazlan: Ini adalah untuk memastikan kita dapat menunaikan tanggungjawab
dengan baik. Prinsip ikrar yang paling penting ialah mengimbangkan kepentingan
peribadi dengan memberi keutamaan kepada kepentingan jabatan dan pentadbiran.
Selain itu, konsep integriti dan amanah untuk tidak menyeleweng ataupun
melakukan rasuah sahaja, malah kita perlu mematuhi kerja pada masa yang tepat.
Pengarang:
Itu sahaja ruang lingkup integriti?
Dato’
Haji Mazlan: Kita juga perlu integriti dalam menyampaikan maklumat kepada yang
memerlukan. Sekiranya maklumat yang disampaikan kepada ketua jabatan tidak
tepat, maka keputusan yang diambil juga tidak tepat.
Pengarang: Apa lagi nasihat Dato’ kepada mereka (anggota
perkhidmatan awam)?
Dato’
Haji Mazlan: Selain itu, konsep syukur juga amat perlu dititikberatkan dan ia
perlu bagi setiap pegawai dan kakitangan perkhdimatan awam yang banyak
menikmati faedah dan pemberian. Dengan bersyukurlah kita akan dapat menjalankan
tugas dengan penuh bertanggungjawab, amanah serta berintegriti.
Pengarang:
Tentang tahap kualiti tugas yang dijalankan?
Dato’
Haji Mazlan: Saya berharap agar penjawat awam dapat meningkatkan tahap
profesionalisma masing-masing mengikut jawatan yang disandang. Oleh itu, kita
perlu rajin membaca dan menambah ilmu pengetahuan dan mengikuti kursus-kursus
yang ditetapkan, di mana setiap penjawat awam telah ditetapkan untuk mengikuti
kursus tujuh hari dalam setahun.
Pengarang: Apa respon orang ramai terhadap perkhidmatan
awam di Terengganu?
Dato’
Haji Mazlan: Secara umumnya baik, namun penjawat awam juga perlu memberi
keutamaan untuk memenuhi kehendak rakyat . Aduan daripada rakyat perlu diteliti
dan ambil tindakan sebab kadang-kadang setiap aduan ada juga kebenarannya dan
sebab itu kita ada e-aduan.
Pengarang:
Akhir sekali apa harapan Dato’ kepada anggota perkhidmatan awam?
Dato’
Haji Mazlan: Saya berharap agar semua penjawat awam menghayati konsep
Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan di peringkat negeri dan 1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di peringkat Malaysia. Fahamilah
pendekatan itu dan bertindak dalam perlaksanaan merealisasikannya sebagai suatu
kenyataan dan amalan.