"Projek agropolitan berimpak tinggi itu akan disertai 100 peserta dan dijangka memberi pendapatan kira-kira RM1,000 setiap bulan.
"Projek ini sangat unik kerana ECER turut membina 100 buah rumah untuk didiami 100 penduduk miskin tegar bagi memastikan mereka selesa sepanjang bekerja di ladang itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) di Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir, kelmarin.
Projek Agropolitan ternakan kambing Boer itu adalah projek sosioekonomi bersepadu hasil inisiatif ECERDC yang bermatlamat membasmi kemiskinan di Pantai Timur.