Oleh :Amirullah Othman
Seramai 604 orang nelayan dalam Parlimen Marang mendapat elaun sara hidup daripada kerajaan Barisan Nasional sebanyak RM200 seorang di Dewan Pusat Sumber Negeri Terengganu, baru-baru ini.
Program ini dirasmikan oleh YB. Dato’HajiYahya Khatib Mohamad, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Marang merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.
Turut hadir dalam program ini adalah YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman, Bakar Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Encik Wei Fu Kui Pengurus AmBank (M) Berhad Kawasan Terengganu dan Kelantan, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Dato’ Yahya Khatib dalam ucapannya berharap warga nelayan memberi sokongan secara berterusan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau berharap lebih banyak lagi bantuan akan diberikan oleh kerajaan apabila mandat diberikan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti.
Beliau juga berharap tidak akan berlaku kekacauan dan pergaduhan dalam PRU 13 akan datang dan berikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.
Beliau juga berharap tidak akan berlaku kekacauan dan pergaduhan dalam PRU 13 akan datang dan berikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan.