Bazlan begitu komitmen dengan tugas. |
Wartawan Teganukita yang berkunjung ke pajabatnya, hari ini yang terletak berhampiran masjid Batu Rakit itu diberitahu oleh seorang petugas pejabat khidmat masyarakat dun itu bahawa beliau baru sahaja ke Jeti Merang untuk berlepas ke Pulau Redang kerana merasmikan satu majlis.
Sedangkan tujuan penulis berkunjung ke pejabat itu adalah untuk mendapatkan berita tentang lawatanya ke pulau itu sehari sebelum itu bersama dua lagi wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifli Jusoh dan Adun Langkap Dato’ Sabri Mohd Nor.
“YB ke baru saja ke Jeti Merang untuk ke Pulau Redang kerana ada majlis, pukul dua nanti dia balik,” kata petugas itu. Penulis agak terkejut kerana baru semalam balik dari Pulau Redang, hari ini ke Pulau Redang pula, Lagipun untuk ke Pulau Redang bukanlah seperti untuk ke Bandar Kuala Terengganu yang boleh pergi dan balik pada bila-bila masa.
Begitulah komitmenya Bazlan kepada tugas sebagai wakil rakyat, beliau terpaksa bertugas di dua tempat iaitu di daratan dan kepulauan, beliau tidak memberi sebarang alasan untuk tidak pergi walaupun terpaksa berulang-alik menempuh ombak perjalanan untuk ke pulau peranginan itu.