|
Tulis..orang ramai megisi borang baucer. |
Teks dan gambar Aminudin Ismail.
JABI: Seramai 1,500 penduduk Dun Jabi menerima wang ehsan berjumlah RM300 tiap seorang dalam satu majlis di Dewan Sivik Jabi, bermula jam 10 pagi tadi.(6.11.13)
Sebanyak 12 buah kampung terbabit dengan pemberian wang ehsan itu manakala selebihnya akan menerima wang ehsan itu pada esok dan 10hb ini.
Tinjauan Teganukita mendapati, walaupun hujan tetapi orang ramai mula datang ke dewan sivik itu bermula sejak 8.30 pagi untuk memeriksaan status penerimaan mereka dan pendaftaran mula dibuka pada kira-kira jam 9.30 pagi sebelum acara pemberian wang ehsan itu dilakukan.
|
Iskandar...bersyukurlah. |
Ahli Dewan Undangan (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, dalam ucapannya sebelum acara pemberian wang ehsan itu dilaksanakan, meminta penerima sumbangan wang ehsan itu bersyukur kepada Tuhan atas pemberian itu.
“Mari lah kita pakat bersyukur kepada Allah Taala kerana Allah berfirman maksudnya, sesungguhnya jika kamu bersyukur, aku akan tambah nikmat ke atas kamu…”
“Dan marilah kita sama-sama berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas sumbangan ini dengan terus memberi sokongan supaya pemberian ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar di tempat pemberian wang ehsan itu:-
|
Dengar..penerima mendengar ucapan Iskandar. |
|
Tunggu..sebahagian penerima tunggu di luar. |
|
Mesra..Iskandar bersama dua penduduk. |
|
Niaga..orang ramai turut berniaga. |
|
Mohd Yunus, 72..bersyukur. |
|
Ibrahim Malik...terima kasih. |
|
Teliti..petugas sedang menyemak nama penerima. |