Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut berkenan berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Hadir sama mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Sambutan Maal Hijrah pada kali ini membawa tema `Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh qari jemputan dan diikuti dengan ucapan Menteri Besar.
Sebaik selesai ucapan Dato’ Seri Haji Ahmad, baginda Tuanku Mizan seterusnya menyampaikan titah ucapan dan melancarkan sambutan Maal Hijrah tahun 1435.
Majlis kemudiannya disusuli dengan persembahan nasyid dan penyampaian anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah serta pelbagai anugerah bersempena kedatangan hari penting dalam sejarah Islam itu.