Halaman

05 November 2013

Sultan Terengganu larang bersikap terbuka terhadap kalimah Allah

Oleh: Suriati Ali

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberitahu sikap terlalu terbuka dan membenarkan sesiapa saja menggunakan kalimah Allah amat membahaya kepada agama dan umat Islam kerana jelas mengelirukan, selain mengandungi unsur-unsur penyebaran fahaman liberalisme.

 Baginda bertitah, kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait rapat dengan akidah, umat Islam pula sewajarnya bersikap tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama Islam.

 “Isu penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab melibatkan isu siasah syar’iyyah dan pihak kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat islam.



“Dalam keadaan di mana umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menangkis kedaulatan Islam sebagai agama persekutuan, kita perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama,” titah baginda.

 Sehubungan itu, baginda berharap dalam usaha membendung perkembangan fahaman yang terpesong daripada pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jammah di Terengganu, sukacita beta nyatakan di sini bahawa adalah menjadi dasar kerajaan untuk melihat program keagamaan dan keilmuan di negeri ini dipertingkatkan.

“Sesungguhnya perkara ini wajar diberi perhatian yang serius oleh semua pihak, dalam menjaga umat Islam daripada dicemari dengan dengan anasir yang boleh menganggu gugat kesucian Islam, seterusnya mengawal kestabilan dan keharmonian negera.

“Beta ingin menegaskan kepada rakyat supaya tidak terjebak dengan ajaran syiah dan ia selaras dengan fatwa Terengganu.

“Penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan pelbagai perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam diharamkan,” titah baginda.