Halaman

05 November 2013

Lapan keluarga di DUN Jabi gembira rumah mereka dibaiki


Mohd Iskandar memaku dinding rumah yang dibaiki

Oleh: Mohammad Ishak 

Kegembiraan jelas terbayang pada raut wajah lapan keluarga yan g tinggal di dua kampung dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, apabila kediaman mereka yang uzur diberi perhatian apabila pihak yang prihatin tanpil membaikinya.

Keluarga terbabit masing-masing dari Kampung Kelubi Putih dan Kampung Kubang Ikan, kini lega rumah mereka yan g uzur dan daif berubah wajah apabila Pejabat Penyelaras DUN Jabi dan Jabatan Kemajikan Masyarakat (JKM) Terengganu memilih untuk dibaiki.

Menerusi Program Kembara Karisma, JKM menyediakan 40 anggota sukarelawan untuk berbakti dengan menyertai kerja gotong royong membaki pulih rumah yang dikenal pasti dalam keadaan uzur dan buruk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi,

Mohd Iskandar Jaafar berkata, senarai keluarga terbabit yang dipilih oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dua kampung berkenaan diberi perhatian untuk program Kembara Karisma itu.

Katanya, peruntukkan membeli keperluan untuk membaik pulih disediakan oleh JKM dan ia projek pertama dilakukan oleh sukarelawan negeri ini.

Menurutnya, menerusi konsep gotong royong itu selain menjimatkan kos ia juga mampu merapatkan hubungan penduduk dengan komuniti serta agensi kerajaan yang terbabit dalam pelaksanaan program.

Mohd Iskandar berkata, pihaknya berharap lebih banyak jabatan dan agensi kerajaan serta badan koporat tanpil membantu golongan miskin di kawasan berkenaan terutama membaik pulih kediaman penduduk miskin.