Laporan dibuat berikutan, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa terbabit dalam pembikinan klip video bertajuk 'Onederful Malaysia' sempena Tahun Baharu Cina itu dan dimuat turun dan tersebar meluas dalam laman YouTube.
Laporan dibuat di Balai Polis, Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu antara jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari, hari ini.
Iskandar menunjukan dua laporan polis. |
"Dengan bantahan ini, membuktikan bahawa kita bersungguh-sungguh supaya kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat perpaduan dan kestabilan negara.
"Perbuatan pemimpin pembangkang itu boleh mencetuskan masalah perkauman di negara ini dan kami meminta KDN betul-betul bertindak dan jangan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang cuba mengugat kestabilan dan keharmonian negara ini," katanya.
Iskandar yang juga Biro Sosial Etika Pemuda UMNO Malaysia itu mahu orang ramai serta golongan muda di negara ini sedar bahawa tindakan pemimpin pembangkang itu adalah satu penghinaan secara halus.
"Semua pihak perlu kekalkan keamanan negara ini dan kumpulan majoriti tidak perlu tunduk kepada golongan minoriti yang cuba mencetuskan pelbagai isu di negara ini," katanya.
"Kami berharap Teresa Kok meminta maaf dan menarik balik klip video itu," katanya selepas hadir bersama-sama kumpulan itu membuat lapan laporan Polis di IPD Setiu, hari ini. - Aminudin.
Iskandar bersama Ketua Puteri Setiu, Norfuzilawati(duduk). |
Wanita UMNO Setiu membuat kenyataan kepada Polis. |
Ahli Puteri membuat bantahan. |
Iskandar (kanan) mahu KDN bertindak |