Halaman

12 February 2014

SK Sungai Lerek juara Takraw MSSDS.

GEMBIRA…pasukan SK Sungai Lerek dan pasukan SK Model Khas Chalok bergambar kenangan bersama guru dan Pegawai Pendidikan Daerah Setiu selepas mereka bertemu di perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw bawah 12 tahun Daerah Setiu yang diadakan di Padang SK Sungai Lerek, hari ini.

Kira-kira 30 pasukan bertanding pada kejohanan itu di mana SK Sungai Lerek muncul juara menewaskan SK Chalok Model Khas dengan keputusan 2-0 (21-18 dan 21-12).

Jurulatih pasukan SK Sungai Lerek, Mohd Yuzaidi Yusof berkata, kemenangan itu adalah hasil usaha gigih pemain pasukannya ketika menjalani latihan dan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.

Pemain bersiap menerima hadiah.
“Setiap pemain menunjukan semangat yang tinggi ketika bertanding dan saya harap pemain yang terpilih mewakili daerah nanti akan bermain lebih bersungguh-sunguh bagi membantu daerah Setiu menang di peringkat negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Dato’ Mohd Said, berkata beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang menang manakala yang kurang bernasib baik cuba lagi pada tahun depan.

“Saya juga mengharapkan pemain yang terpilih mewakili daerah nanti berlatih dan bermain bersungguh-sungguh supaya daerah Setiu akan muncul juara pada peringkat negeri pula,” katanya.- Aminudin Ismail.
Kipaya (bersongok) bersama pegawai PPD dan guru.

Aksi perlawanan akhir.

Antara pasukan yang bertanding.

Walaupun kecundang suku akhir, pasukan SKCB sempat bergambar kenangan.
Pemain tekong memulakan servis.
Kipaya mengucapkan tahniah kepada seorang pemain.