Halaman

23 October 2013

Bina litar formula di TATIUC

Oleh: Suriati Ali 

Kerajaan negeri akan membina litar formula sepanjang 1.2 kilometer, bernilai kira-kira RM4 juta di kawasan Tati Universiti Kolej (TATIUC), Telok Kalong, Kemaman, bermula tahun awal depan.

 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pembinaan litar itu cukup penting bagi Tatiuc yang sememangnya banyak mengharumkan nama dalam bidang berkaitan, termasuk memenangi pelbagai kejohanan formula.

“Sejajar perancangan itu, TATIUC telah menubuhkan `TATIUC Racing Team’ lebih dua tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu, ia banyak mengharumkan nama kolej itu sebagai sebuah Kolej Universiti Teknikal yang terkenal dengan reka bentuk produk dan pembuatan di negara ini,” katanya pada satu majlis baru-baru ini.

Katanya, pasukan itu juga berjaya menjadi juara keseluruhan dalam Kejohanan Formula UniMAP baru-baru ini yang disertai lebih 30 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara di Litar UniMAP Perlis dan juara IPMA Race 2013 di Melaka.

“Penyertaan itu kepada membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan tenaga akademik dan juga para pelajar.

“Ini termasuk berkaitan latihan praktikal secara terus dengan pembangunan teknologi dan kejuruteraan dalam bidang Automotif, Mekanikal dan ElektrikaL”katanya.