Halaman
21 April 2012
PDB Besut anjur program komuniti
Oleh: Mohammad Ishak
Pejabat Daerah Besut (PDB) menyertai penduduk setempat dengan menganjurkan program komuniti dalam usaha mengenal pasti permasalah rakyat terutama memberi tumpuan di kawasan pedalaman. Kampung Air Terjun dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, menjadi pilihan pertama PDB menganjurkan program berkenaan yang turut disertai pemimpin dan pegawai kerajaan.
Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, sempena program sehari suntuk itu pihanya dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),Kampung Air terjun berganding tenaga menjayakan program berkenaan.
Katanya, ia turut disertai oleh 10 jabatan dan agensi kerajaan yan g mengadakan gerai pameran yang mempamerkan aktiviti jabatan terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Yang Berhormat Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, merasmikan program berkenaan.
Sempena majlis itu Dr A Rahman turut meluangkan masa melawat gerai pameran dan singgah di gerai Pejabat Kesihatan Daerah Besut sambil membuat pemeriksaan kesihatan.
Beliau memuji usaha yang dijalankan oleh PDB dengan penganjuran program berkenaan kerana ia dapat mendekatkan kumuniti dengan jabatan dan agensi kerajaan serta kakitangan jabatan yang menyertai aktiviti di situ.
Sementara itu, A Rahim berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan program sama membabitkan beberapa kampung lain di sekitar daerah Besut bagi memberi peluang penduduk mengenali pemimpin dan jabatan kerajaan terbabit.