Kira-kira 100 anggota RELA telah berbakti dengan menyumbangkan darah di Program Derma Darah anjuran Penyelaras Pemuda UMNO DUN Kuala Berang di Balai Raya Kampung Langgar, kelmarin.
Angota RELA tidak takut untuk menderma darah di Balai Raya Kampung Lamggar sambil dibantu oleh jururawat yang bertugas. |
Malah, sesetengah pengunjung kecewa kerana gagal menderma darah disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan namun tetap bersemangat untuk mencari pengganti agar bekalan darah diperolehi.
“Program derma darah sebenarnya cukup bagus dan harus dilakukan dari masa ke semasa kerana ini adalah satu cara pak cik boleh membantu orang ramai yang memerlukannya.
“Pak Cik cukup suka nak derma darah sebab salah satu kebaikannya,badan terasa segar macam orang muda,” kata seorang penderma Pak Cik Idris, yang ditemui pada majlis tersebut.
Antara penderma-penderma darah yang di temui merupakan penderma yang telah biasa menderma dan ada yang terpaksa menunggu untuk satu tempoh bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti ini semula.