
“Ia adalah suatu langkah yang baik bagi saintis Malaysia ke arah meningkatkan penyelidikan di Antartika,” katanya ketika sidang akhbar bersama-sama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Kuala Lumpur Interinational Airport (KLIA), sebaik sahaja tiba dari Antartika semalam 4 Februari.

Negeri Terengganu telah memberi sokongan padu kepada Program Penyelidikan Antartika Malaysia.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan penaung kepada YPASM yang telah ditubuhkan melalui MOSTI pada tahun 2012 untuk menyokong langkah-langkah penyelidikan Antartika oleh negara Malaysia.