Halaman

29 May 2011

Semarakkan Perkhidmatan Awam

Oleh: Esah Abdullah


"Semarakkan perkhidmatan awam dan sedia melakukan perubahan demi kebaikan kerajaan dan rakyat.” - TSUK (Pengurusan), Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.

Penjawat awam perlu kreatif dan berinovatif serta komited dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada kerajaan, pentadbir negeri dan rakyat.



“Semarakkan perkhidmatan awam dan sedia melakukan perubahan demi kebaikan kerajaan dan rakyat,” kata Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda pada Program Bincang Bina dan Semarakkan Perkhidmatan Awam di Wisma Darul Iman hari ini.

Katanya, suasana harmoni yang wujud di pejabat mampu menzahirkan ketenangan dan kelancaran hubungan antara majikan dan pekerja sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan berurusan dengan kerajaan.


Suasana harmoni yang wujud di pejabat mampu menzahirkan ketenangan dan kelancaran hubungan antara majikan dan pekerja sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan.

Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah JPA (Operasi), Dato’ Dr. Ismail Alias serta kira-kira 600 orang penjawat awam daripada pelbagai agensi.



Katanya, keserasian antara jabatan dan agensi lain mampu menyelesaikan banyak pemasalahan di samping dapat mengenal pasti maklumat terkini berkait bidang masing-masing.

“Penjawat awam perlu melakukan perubahan minda ke arah mencapai cita-cita negara untuk mentransformasikan dalam perkhidmatan awam ,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan sentiasa membuat penambahabaikan dalam jabatan kerajaan dan penjawat awam perlu menunjukkan komitmen padu dengan melakukan perubahan minda.


Penjawat awam perlu melakukan perubahan minda ke arah mencapai cita-cita negara untuk mentransformasikan dalam perkhidmatan awam. - Dato' Dr. Ismail Alias .

Pada program berkenaan, Dato’ Dr Ismail turut menyampaikan ceramah ‘Membina Minda Transformasi‘ dan taklimat Perkhidmatan Awam oleh Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA, Dato’ Yeow Chin Kiong.