Halaman

20 August 2011

2,500 tetamu hadir majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar

Oleh NURUL AZIELLA SABERI



Sekitar 2,500 tetamu menghadiri majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Kemaman petang semalam.

Majlis yang diadakan di rumah beliau, Kampung Teluk Kalong, Kemaman diisi dengan majlis sumbangan zakat perniagaan kepada 100 orang anak yatim dan warga fakir miskin yang disampaikan Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud.

Sumbangan yang penuh bermakna itu disumbangkan oleh Telekom Malaysia (TM) dan syarikat pelaburan milik kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd. (EPIC).

Dato’ Seri Ahmad berkata, beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada TM dan EPIC kerana sudi memberi sumbangan berkenaan yang sedikit sebanyak mampu meringankan beban golongan yang menerima menjelang Aidilfitri nanti.

Turut hadir, Pengurus Besar TM Terengganu, Badrul Hisham Bahari dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ramli Shahul Hameed.

Disamping itu, pihak TM turut membuat penyerahan cek sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Kelab Golf Diraja Terengganu bagi penganjuran Kejohanan Golf Klasik Terengganu 2011.