Halaman

17 January 2012

Kesun-KT tampil tarian singa, naga

Oleh: Aida Abd Rahman

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Kelab Kebudayaan dan Sukan Kuala Terengganu (Kesun-KT) akan menampilkan persembahan tarian singa dan naga di pasar raya Mydin Mall pada 20 Januari ini.

Usaha itu antara lain mampu menjayakan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pengerusinya, Datuk Alex Ong , berkata tarian kebudayaan masyarakat Tionghua yang diamalkan sejak dahulu lagi itu tidak membabitkan soal keagamaan malah ia hanyalah berupa kepada sebuah tarian yang boleh disertai oleh semua kaum lain.

Katanya, beberapa siri persembahan dirangka bagi emmeriahkan perayaan itu yang jatuh pada Tahun Naga dalam kalendar Cina kali ini.

“Antara gimik itu ialah meletakkan naga dalam ais sbeleum dipecahkan , menghidupkan kostum singa dan naga di samping gimik gendang tarian singa,” katanya.

Selain itu, seramai 1000 warga emas dan Orang Kelainan Upaya juga akan diraikan serta menerima bantuan sempena acara itu.

Katanya, Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYdin), Encik Murad Ali Mydin dijangka turut menyertai majlis itu nanti.