Teks dan gambar Aminudin Ismail.
|
Masjid Raja,Bukit Besar |
|
Ukiran kayu yang indah di bahagian belakang masjid. |
SEKALIPUN dibina mengunakan rekabentuk baru dan moden namun Masjid Raja, Bukit Besar, Kuala Terengganu masih mengekalkan konsep lama iaitu mengunakan kayu yang diukir di beberapa bahagian bangunan termasuklah bahagian dinding dan belakang masjid.
Berkunjung ke masjid yang dibina pada pertengahan tahun lalu itu, kita tentu akan terpesona melihat rekabentuknya yang nampak kukuh kerana ia dibina dua tingkat di mana ruang solat di tingkat atas manakala di tingkat bawah terdapat sebuah dewan , kelas dan tempat mengambil wuduk.
Ruang pakir kereta yang luas memudahkan jemaah itu meletakan kenderaan mereka terutamanya ketika menunaikan solat jumaat dan sembahyang dua hari raya. Terdapat juga sebuah pondok rehat yang sesuai untuk rehat satu keluarga.
Bilik tandasnya juga sentiasa kelihatan bersih kerana ia diselengarakan dengan baik.
|
Tabir yang memisahkan jemaah. |
Tanpa kerjasama orang ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan pastinya tandas yang kawal seliapun akan kelihatan tidak bersih. Sehubungan itu, sama-samalah menjaga kebersihan masjid.
Masjid yang dibina kerajaan negeri menelan kos kira-kira RM14 juta itu dibina bagi mengantikan masjid lama yang tidak mampu menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat dari setahun ke setahun.
|
Ruangan mimbar |
Ruang solatnya boleh menampung kira-kira tiga ribu jemaah dari Bukit Besar dan beberapa kampung berhampiran antaranya ialah Pasir Panjang, Gong Kapas dan Panji Alam.
‘Buat masa ini ruang utama sahaja yang penuh ketika solat jemaah manakala ruang tambahan boleh menampung lagi 1,000 jemaah pada masa depan,” kata Pembantu Pengurusan Masjid (Tok Noja) Deraman Ibrahim yang bertugas di masjid itu sejak dibuka.
Deraman berkata, iman satu masjid itu ialah Wan Zaki Wan Ibrahim dan Mat Omar (iman 2) manakala bilalnya seramai tiga orang yang bertugas secara bergilir-gilir.
|
Ruang solat yang luas dan bersih. |
Sementara itu seorang jemaah wanita, Zuzana Manaf, berkata, masjid ini sering mengadakan beberapa program agama antaranya ialah kuliah magrib dan subuh dan beberapa penceramah dari luar mengadakan ceramah agama di masjid itu.
“Masjid ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk setempat malah ia turut dikunjungi penduduk luar yang datang untuk menunaikan solat fardu atau berehat selepas penat dalam perjalanan,” katanya.
|
Wakaf rehat. |