Halaman

06 May 2012

Hapuskan PTPTN, janji terdesak pembangkang

Oleh: Aida Abd Rahman


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". – Hadis Riwayat Termizi.

 Pakatan Rakyat yang cuba `menangguk di air keruh’ dengan mengambil kesempatan atas beban yang tidak tertanggung di kalangan mahasiswa bagi menjelaskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertindak menabur janji untuk menghapuskan pinjaman itu dan digantikan dengan pendidikan percuma.

Mereka terdesak untuk meraih populariti selain sokongan rakyat agar memihak mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti, lantas sengaja memesongkan fakta dan membuat auta dengan memberi kenyataan yang tidak masuk akal itu.

Mendengar berita hangat oleh pembangkang jika diberi mandat menawan Putrajaya sememangnya tawaran yang sangat hebat, namun ia tidak bersandarkan logik dan fakta atau dengan kata lain `omong kosong’ semata-mata.

Sememangnya kita semua akui, ramai peminjam PTPTN belum mendapat pekerjaan tetapi terpaksa menjelaskan kembali hutang PTPTN, sehinggakan pelbagai tindakan dikenakan kepada mereka termasuk tindakan undang-undang gara-gara lewat dan langsung tidak membayarnya sebagaimana perjanjian asal.

Walhal, perlu diingatkan konsep meminjam, selepas meminjam setiap peminjam wajib membayarnya.

Rasulullah memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia   masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

  “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” -( Riwayat Al-Bukhari )


Berdasarkan satu laporan, pada 2011 sahaja, seramai 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion.

Realiti mahasiswa di Malaysia, kebanyakan mereka lebih gemar memilih untuk meminjam daripada PTPTN disebabkan bukan semua mendapat tajaan biasiwa JPA mahupun MARA.

Selain itu, kita juga yakin bahawa tidak semua mahasiswa di negara kita dan Terengganu terdiri dari latar keluarga yang berkemampuan untuk membiayai anak belajar ke mana-mana pusat pengajian di luar negara.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata tanpa pinjaman PTPTN pastinya pelajar dan ibu bapa berdepan dengan kemelut untuk menyambung pengajian anak-anak mereka berikutan kekangan sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan sehingga tamat belajar.

Katanya, majoriti masyarakat Melayu di Terengganu khasnya seringkali berdepan dengan masalah kewangan bagi pendidikan anak-anak sebaliknya masalah itu tidak menimpa masyarakat Cina dan India.

“Masyarakat Cina tidak pernah datang berjumpa saya untuk meminta bantuan kewangan bagi menampung anak mereka belajar kerana mereka bersedia lebih awal dengan membuat tabungan demi pelajaran anak-anak mereka pada masa depan.

“Kalau Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan pinjaman PTPTN, bagaimana agaknya nasib orang Melayu. Bagaimanapun, hari ini mereka (pembangkang) membuat isu pula, tidak mahu membayarnya pula, buat Buku Jingga pula.

“Kalau pakatan rakyat menang hendak hapuskan PTPTN, `RM50 bilion’ dia hendak hapuskan, lepas itu akan datang ..bangkrap terus kerajaan. Pembangkang tidak sedar, kita bagi RM2 bilion mereka kata bangkrap, mereka hendak hapuskan RM50 bilion begitu sahaja, tidak bangkrap pula,” katanya.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, janji yang diuar-uarkan pembangkang itu jika dilaksanakan juga boleh mengakibatkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di Greece.

Malah, Kerajaan Pusat tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang semata-mata mahu menagih perhatian dan undian rakyat.

Sementara itu, memetik laporan akhbar, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin, jika pinjaman PTPTN dihapuskan serta merta, RM40 bilion akan hilang dan tiada lagi peruntukan untuk masa depan yang boleh dimanfaatkan oleh anak bangsa demi pendidikan mereka.

Katanya, pemansuhan PTPTN sebagaimana dirancang pembangkang mengakibatkan peluang pelajar di negara ini terutama anak Melayu meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi terjejas.

“Ini kerana tempat yang disediakan di universiti awam adalah terhad sekali gus menyebabkan berlakunya persaingan amat sengit di kalangan pelajar.

“Pengajian percuma di universiti hanya akan mengakibatkan IPTS terpaksa ditutup kerana pelajar akan lebih tertumpu kepada IPTA,” katanya.

a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://teganukita.blogspot.com/">