Halaman

09 May 2012

ISU TANAH: YANG MELAUNGKAN PENCURI! PENCURI! SEBENARNYA DIALAH PENCURI.

Oleh: Ruslan Abdul Rahman- Pengarang Teganukita. 


Pas semakin terperangkap dengan isu yang diciptakan sendiri. Misalnya bila membangkitkan tentang isu pembahagian tanah, akhirnya terkena ke atas batang hidung sendiri.

Penyokong-penyokong mereka diperalatkan mengadakan demonstrasi di depan Wisma Darul Iman, kononnya membantah Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang menyeleweng , rampas tanah dan sebagainya.

Namun begitu, tahukah oleh pengikut mereka itu, ada pemimpin mereka sendiri sewaktu berkuasa sebelum ini juga terlibat dalam apa yang mereka tuduh kepada Kerajaan BN, termasuk yang mengetuai unit-unit tertentu dalam memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Kalau mereka tahu maklumat sebenar, sanggupkan mereka diperalatkan, berdemo ditengah panas , hatta ada yang sampai bawa anak isteri bersama di atas dukungan, konon berjuang untuk kebenaran dan agama.



Bila Yang Berhormat Alias Abdullah (Ahli Dewan Undangan Negeri-Adun, Alor Limbat) memberitahu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.

Namun begitu, mengikut YB Alias, pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.

YB Alias memberitahu persidangan DUN Terengganu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

YB Alias juga memberitahu persidangan DUN, Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.

Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

 Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.

 YB Alias memberitahu DUN, kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

YB Alias mendedahkan kepada DUN, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.

Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

YB Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.

YB Alias juga memberitahu DUN, tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.

Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.