Oleh: Mohammad Ishak
Seramai 30 anak jati penghuni Perumahan Awam Seberang Jertih, di sini yang memegang pelbagai jawatan penting sebagai profesional akan diraikan dalam satu majlis Malam Penghargaan Transformasi Anak Bangsa yang akan diadakan di Dataran Rumah Awam Seberang Jertih pada 9 Februari.
Program anjuran Pejabat Penyelaras DUN Jertih dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Awam bertujuan memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Setiausaha JKKK Rumah Awam Seberang Jertih, Wan Mohamad Ibrahim berkata, pihaknya mengambil masih enam bulan membuat kajian terhadap sosio ekonomi dan pendidikan anak penghuni yang menetap di perumahan itu sejak 25 tahun lalu.
Katanya, haasil pendidikan yang berkualiti berikutan bimbingan ibu bapa dan bantuan kerajaan ramai anak penduduk memegang jawatan penting dalam bidang kedoktoran, jurutera, pensyarah dan akauntan.
Menurutnya, kejayaan itu mendorong pihak JKKK dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ibu bapa serta anak mereka dalam program berkenaan.dalam pelbagai kmerjaya.
Beliau berkata, program pertama seumpama itu diharap dapat membangkitkan semangat dan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kejayaan melahirkan anak yang cemerlang
Idris yang juga
Pengerusi MARA akan merasmikan program itu dan menyampaikan sijil dan plug kepada mereka yang terpilih dalam program itu.