Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM32 juta tahun ini bagi tujuan membaiki rumah penduduk miskin dan menggantikan atap kediaman yang bocor di seluruh negeri.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya mengagihkan RM1 juta bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana mereka yang layak dikenal pasti melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Kerajaan mahu penduduk di negeri ini mendiami rumah yang selesa dan tidak ada lagi masalah rumah yang atapnya bocor,” katanya ketika ditemui selepas melawat rumah penduduk yang uzur di Kampung Pondok Pasir, Kijal, hari ini.
Salah seorang warga emas yang uzur dan berusia melebihi 100 tahun di kampung berkenaan, Nik Wook Nik Lah, turut dilawati Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud.
Sebelum itu, beliau turut menyertai penduduk Kampung Bukit Takal bergotong-royong menggantikan atap empat buah rumah penduduk di kampung tersebut.
Sempena program turun padang di DUN Kijal hari ini,
Dato’ Seri Haji Ahmad turut meluangkan masa menziarahi tujuh penduduk di beberapa kampung yang uzur.
“Program turun padang ini saya mulakan sejak lama dulu dan diteruskan hingga sekarang ini. Sempena program hari ini saya menyertai program membaiki atap rumah dan menziarahi orang sakit dan warga emas,” katanya.
Beliau berkata, peruntukan RM11,000 disediakan bagi mengantikan atap rumah penduduk di Kampung Bukit Takal yang bocor.