Halaman

07 April 2013

KOTA PUTERA KOTA ILMU

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Putera adalah merupakan ‘Kota Ilmu” demikian ditegaskan oleh Haji Ahmad Pahemi Haji Yusof yang mewakili kawasan itu pada penggal pilihan raya ke 12. Ini memandangkan katanya pelbagai pusat pendidikan terdapat di Dun berkenaan antaranya ialah:

- Universiti Sultan Zainal Abidin,Unisza.
- Taman Ilmu
- Dua buah MRSM, termasuk MRSM Ulul Albab
- Sekolah Imtiaz Besut
- Kolej Vokasional
- Sekolah Menengah Teknik Besut
- Pusat Latihan Ehsan
- Pusat Giat Mara
- Pusat Desa Ukiran Kayu
- Institut Kemahiran Mara (IKM)
- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)


Di samping itu dua buah masjid baru yang selesa juga telah siap dibina iaitu di Kampung Limbongan dan Gong Bayor di samping masjid Taman Ilmu di Tembila.



Kesemua ini menurut Haji Pahemi adalah membuktikan betapa Dun Kota Putera adalah Kota Ilmu.

Beliau memberitahu Teganukita, dengan pembukaan Unisza, Taman Ilmu dan berbagai institusi pendidikan menjadikan Dun berkenaan akan berkembang maju juga dari segi pertumbuhan ekonomi dan peluang-peluang perniagaan berikutan menjadi tumpuan ramai dari seluruh negeri dan pelusuk negara.

Beliau amat yakin dan percaya bahawa sokongan penduduk dan pengundi Dun itu kepada Barisan Nasional cukup hebat lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum PRU, ke 13.

Beliau menyeru supaya mana-mana yang belum lagi menyokong berharap bersegeralah mengambil peluang untuk bersama BN dan meninggalkan parti pembangkang yang banyak merugikan masa depan umat Islam dan bangsa Melayu. Menurutnya, Parlimen Besut dan Dun Kota Putera adalah benteng kukuh Umno dan BN.