Oleh: Suriati Ali
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) cawangan Terengganu akan menganjurkan Karnival Halal 1Malaysia Best selama tiga hari bermula hari ini sehingga 22 Disember ini.Karnival terbuka kepada semua peniaga, terutama usahawan Industri Kecil dan Sederhana itu akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.
Pengarah Fama , Encik Hasan Jusoh berkata, karnival itu bertujuan mempromosikan produk makanan dari negeri Pantai Timur yang mendapat pengiktirafan 1Malaysia Best.
“Karnival ini juga terbuka kepada masyarakat di luar Pantai Timur yang berminat mempromosi produk mereka,.
“Seramai 60 usahawan akan menyediakan lebih 120 jenis kuih muih Tradisional Melayu, termasuk yang jarang diperoleh, seperti kuih gelombung buaya, gajah merah, tepung bunga dan buah lok lik.
Katanya, pengusaha anak pokok dan bunga hiasan turut mengambil pada karnival itu, semata-mata mahu membantu menarik minat pengunjung.
“Pihak kami bersedia menganjurkan karnival seumpama ini pada tahun akan datang kerana menyedari mampu mempromosi produk selain usahawan juga berpeluang menjalin hubungan kerja serta memperluas pasaran, katanya.