Ahmad terharu melihat foto yang ditunjukkan ibu Zulkifli Mamat
Oleh: Mohammad Ishak
Menteri Besar,Dato;Seri Ahmad Said kecewa dengan sikap pembangkang yang mencetuskan polimik politik terhadap kejadian berkenaan pencerobahan warga asing di Lahat Datu, Sabah walaupun tiga anggota polis terkorban.
Katanya, apa guna pertempuran di Kampung Tandou,Lahat Datu,Sabah,kelmarin dirancang kerajaan khususnya Umno sedangkan keluarga mangsa terbabit kehilangan anak tersayang.
Menurutnya, pemimpin pembangkang sudah ketandusan isu sehingga sanggup mempolitikan pencerobohan yang dilakukan warga asing berkenaan.
Kerajaan negeri menyifatkan Inspektor Zulkifli
Mamat, 29, anak watan dari Besut, sebagai “:Wira Negara” kerana sanggup
mengadai nyawa bagi mempertahankan bumi Malaysia diceroboh warga asing.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau
bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Allahyarham yang sangup berkorban
dan dalam masa sama rasa sedih kerana kehilangan seorang wira.
Katanya, kerajaan negeri akan membuat keputusan pada
mesyuarat Exco Rabu ini untuk menentukan bantuan yang perlu diberikan kepada
keluarga, balu dan anak allahyarham
“Allahyarham sudah membuktikan kepada rakyat Malaysia
yang sanggup mengadai nyawa demi mempertahankan negara,” katanya selepas melawat
ibu keluarga allahyarham di Kampung Kubang Ikan hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Terengganu,Datuk Jamshah Mustafa,
ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof,ADUN
Hulu Besut, Nawi Mohamad, ADUN Jabi Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, A
Rahim Jusoh.
Ahmad berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri merakamkan
takziah kepada balu, ibu dan keluarga allahyarham sambil berharap keluarga
terbabit tabah menghadapi cabaran hidup.