Halaman

29 April 2013

Ketua Polis Terengganu memberi ingatan kepada penyokong parti


Ketua Polis Terengganu bersalaman dengan anggota polis daerah Besut

Oleh: Mohammad Ishak 

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustapa menasihat penyokong mana-mana parti politik tidak mengadakan perakaan selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Katanya, semua parti samada yang menang atau kalah diingatan jangan melakukan perbuatan demikian kerana ia boleh menjadi provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan.

Sehubungan itu beliau meminta setiap ketua polis daerah membuat pemantauan lebih agar kejadian tidak diingini berlaku.

“Pegawai dan anggota terpaksa berdepan tugas lebih terutama pada hari pembuangan undi dan pengumuman calon,” katanya.

Beliau berharap semua pegawai dan anggota perlu dedikasi kerana rakyat berharap kepada pasukan keselamatan. Beliau berkata demikian kepada pegawai dan anggota Polis Besut sempena Lawatan Kerja Sempena PRU13 ke dareah Besut di Komplek Rakan Muda dekat Kampung Raja.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superentanadan Kamaruddin Mohd Zakaria Superentandan Noor Zainy Mohd Noor.

Jamshah berkata,keamanan yang dikecapi hari ini adalah antara hasil tugas pasukan keselamatan termasuk polis.

Kerajaan telah mengiktiraf sumbangan bakti polis selain untuk menyuntik semangat polis dengan melaksanakan pengsetaraan gred polis semua peringkat.

Sementara itu Kamaruddin berkata,sebanyak sembilan tempat membuang undi yang dianggap panas di daerah itu memerlukan sekurang-kurangnya dua anggota polis berkawal di kawasan 50 meter dari pusat pembuangan undi pada 5 Mei ini.