Halaman

28 April 2013

Manifesto Pembangkang Tidak Mampu Dijelmakan Menjadi Realiti

Oleh: Fauzi bin Mohd 

Manifesto yang dibentangkan pakatan pembangkang merupakan 'gula-gula' pilihan raya kepada rakyat yang tidak mampu dijelmakan menjadi realiti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Dato' Seri Ahmad Said berkata, perkara itu terbukti apabila mereka gagal melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999.

"Contohnya, mereka kata mahu hapuskan cukai pintu padahal perkara itu tidak boleh dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri kerana negeri tiada kuasa untuk hapus cukai pintu.

"Cukai pintu merupakan Akta di peringkat pusat, negeri tiada kuasa untuk hapus. Sebab itu negeri-negeri pembangkang seperti Kelantan, Selangor dan Kedah kutip cukai pintu.

"Dalam manifesto dia (pembangkang) cakap pasal belanja sahaja, semua hendak beri percuma, tetapi mereka tidak cerita pula macam mana hendak cari duit dan mana hendak dapat duit untuk tanggung semua itu," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Kijal di Bukit Anak Dara, Kemaman semalam.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md. Kamaru Al-Amin Ismail dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman.

Jelas Ahmad, manifesto 'tidak masuk akal' pembangkang itu bakal membawa ketidakstabilan terhadap negara dan rakyat terutamanya dalam aspek ekonomi. "angan kata kita tiru dia, sebaliknya mereka yang tiru kita.

Kalau nak cakap tentang pembasmian kemiskinan, aspek pendidikan, pembangunan ekonomi semua ini kita sudah buat sejak lepas merdeka lagi.

"Malah aku janji yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesinambungan dasar-dasar yang telah dilaksanakan menerusi Perdana Menteri pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima.

"Perdana Menteri kita hari ini (Najib) menyebarluaskan serta menambah nilai kepada dasar-dasar yang sedia ada.

Kita memperelokkan serta menstruktur semula dengan memperkenalkan dasar transformasi mencakupi semua aspek" katanya.