Perdana Menteri disambut kira-kira 5,000 anggota RELA sebaik tiba di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam untuk Majlis Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu Bersama RELA, petang ini. |
Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebagai organisasi kini melalui proses transformasi hebat menjadi institusi yang sudah meningkat mendadak keanggotaan sehingga 2.86 juta berbanding hanya 540,000 empat tahun lalu.
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata menyedari peranan RELA amat penting dalam menjaga keselamatan awam, banyak transformasi dilaksanakan dalam pasukan keselamatan itu sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009 sehingga berjaya menarik penyertaan tambahan anggota sebanyak 500 peratus.
“Manakala transformasi kedua, dari segi peranan RELA, skop yang lebih luas dan hari ini apabila semua sudut dan aktiviti di negara ini sama ada program rasmi kerajaan mahupun tugasan menjaga keselamatan, hatta dari aspek kemasyarakatan, nama RELA tidak asing lagi kepada rakyat negara ini.
“Yang ketiga, banyak organisasi dan badan kerajaan tetapi apa yang saya lihat semangat setiakawan ang ada dalam RELA sebagaimana bukti dalam dewan ini, meremang bulu roma saya dengan semangat anggota RELA yang hadir,” katanya ketika berucap pada majlis bersama RELA Terengganu yang dihadiri kira-kira 5,000 anggota RELA seluruh Terengganu di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, Setiuasaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pengarah RELA Malaysia, Dato' Mustafa Ibrahim dan Pengarah RELA Terengganu, Ahmad Abdul Wahab.
Hadir sama, semua calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong; calon BN Ladang, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Dato' Che Mat Jusoh (Batu Burok); Dato' Toh Chin Yaw (Bandar) dan Haji Wan Mahyuddin Wan Ngah (Wakaf mempelam).
Dato’ Sri Mohd Najib berkata, transformasi keempat adalah peranan RELA yang kini diperkasakan lagi sebagai benteng kuat yang mendukung kerajaan pimpinan BN.
Selain itu, Perdana Menteri berkata soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak seharusnya dipandang remeh dan dicemuh walaupun negara bebas daripada ancaman musuh sejak negara mencapai kemerdekaan.
Beliau berkata tanpa keselamatan dan keamanan Malaysia tidak akan dapat mencapai kemajuan dan melaksanakan segala dasar pembangunan untuk manfaat rakyat.
"Soal keselamatan, kedaulatan negara amat penting dan menjadi ibu kepada segalanya, kerana tanpa keselamatan segalanya tidak mungkin dapat dilaksanakan,"katanya.
Beliau berkata, insiden Lahad Datu dan Semporna Sabah membuktikan Kerajaan BN tidak pernah memandang remeh soal keselamatan negara walaupun ada pihak yang cuba menafikan usaha pasukan keselamatan untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.
Menurutnya, pihak terbabit bukan sahaja tidak menyokong usaha anggota keselamatan yang berkorban nyawa demi negara, malah pemimpin pembangkang juga dengan sewenang-wenangnya melahirkan kenyataan yang menjatuhkan maruah serta imej anggota keselamatan termasuk mendakwa apa yang berlaku itu sebagai satu sandiwara BN.
“Mereka sepatutnya berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan kita, sebaliknya ada pemimpin parti PKR yang mendakwa itu sebagai satu sandiwara. Masakan sandiwara sehinggakan 10 anggota keselamatan kita telah mati dalam pertempuran.
“Ada juga pemimpin Pas yang mempertkaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengatakan bahawa mereka mati syahid akhirat, ada pula (Pas) mengatakan sebaliknya mereka mati syahid dunia,” katanya.
Beliau berkata sampai hari ini pihak pakatan rakyat juga gagal untuk menjelaskan kepada rakyat apa agenda di sebalik pertemuan empat mata antara pemimpin utama pembangkang dengan pemimpin di Selatan Filipina.
"Sampai hari ini belum ada apa-apa kenyataan yang dijelaskan kepada rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia wajib tahu apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu," katanya.