Halaman
30 July 2012
Menteri Besar kecewa projek pembinaan dewan bedah Hospital Setiu masih terbengkalai
Menteri Besar ziarah pesakit Hospital Setiu petang semalam
Oleh: Mohammad Ishak
Kelewatan pihak terbabit menyiapkan dewan bedah Hospital Setiu sekali lagi mendapat perhatian Menteri Besar,Dato’ Seri Ahmad Said yang menunjukkan rasa kecewnya terhadap projek berkenaan yang sudah berlarutan sejak sembilan tahun lalu.
Beliau yang kesal dengan status projek tarbabit berharap pembinaaya dapat disiapkan segera bagi membolehkan dewan itu digunakan dan memberi perkhidmatan kepada pesakit di daerah Setiu.
Malah,kata Menteri Besar beliau turut sedih dengan keadaan yang sama dialami di beberapa hospital lain negeri ini termasuk Hospital Kemaman dan Hospital Besut apabila pembinaan dewan bedah turut terbengkalai.
“Hospital Besut pula menghadapi masalah paling lama apabila lebih 12 tahun projek itu gagal disiapkan menyebabkan pesakit terpaksa mendapat khidmat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan,” katanya kepada media selepas melawat pesakit Hospital Setiu, petang semalam.
Katanya, beliau mendapat laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi jaminan pihaknya akan dapat menyiapkan projek dewan bedah itu pada September depan.
Beliau berkata, disebabkan masalah itu rakyat marah kepada kerajaaan sedangkan kerajaan sudah mengeluarkan belanja disebabkan kecuaian dari segi pembinaan dan masalah kontraktor
Sementara itu, pesakit yang sedang menerima rawatan di wad Hospital Setiu terubat apabila dikunjungi oleh pemimpin nombor satu negeri yang sangup hadir menjengok mereka pada bulan Ramadan sambil mengagihkan sumbangan kepada semua pesakit.