Oleh: Mohammad Ishak
Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih meneruskan tradisi penganjuran gunting rambut percuma untuk pelajar sebagai persediaan memasuki penggal persekolah tahun depan yang akan diadakan pada 12 Disember.ini. '
Pengerusinya, Teo Huey Lang berkata, program sehari yang akan diadakan di perkarangan Pusat Aktiviti Rukun Tetangga, Jalan Pasir Akar, menyediakan lima tukang gunting professional sepanjang program berlangsung.
Katanya, pelajar dan ibu bapa yang ingin menyertai program itu boleh hadir pada hari berkenaan yang membari perkhidmatan gunting rambut secara percuma.
Menurutnya, aktiviti gunting rambut secara percuma itu diadakan pada setiap hujung tahun sebagai aktiviti sosial untuk membantu golongan pelajar miskin.
Beliau berkata, ibu bapa yang ingin menyertai program itu boleh mendaftarkan penyertaan yang akan dibuka mulai jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.
Sementara itu, KRT Bandar Jertih akan menganjurkan program “Pesta Cahaya” untuk meraikan kaumj India yang tinggal di bandar ini.
Program secara santai itu akan diadakan pada 11 Disember jam 9 malam yang akan diadakan di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih.
Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh, akan merasmikan program dan menyertai majlis makan malam bersama masyarakat India daerah Besut.