Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said itu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Pasukan Majlis Amanah Rakyat (MARA) cawangan Terengganu, dinobatkan sebagai juara bagi kategori Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan.
Manakala Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) diumumkan sebagai juara Kategori Jabatan Kerajaan Negeri dan Badan Bukan Berkanun.
Juara kategori lain, Tenaga Nasional Berhad (syarikat swasta dan syarikat terpilih lain) dan Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (pasukan sekolah menengah, IPTA/IPTS).
Manakala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Laut menang bagi kategori JKKK. Kesemua pasukan itu berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000.