Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan Pusat akan mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) bagi sektor hartanah dan perumahan untuk memastikan kepentingan Bumiputera di bidang itu tidak terjejas dan dipantau dengan lebih teliti di bawah satu bumbung, tidak lama lagi.
Penubuhan UPB menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu selaras dengan saranan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak sewaktu melancarkan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini.
Menterinya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan berkata (gambar), unit itu bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan kepentingan Bumiputera dalam sektor hartanah serta perumahan lebih terjaga selain mampu menangani pelbagai isu berkaitan.
“Unit ini akan ditubuhkan pada bulan ini dan sedang dalam perbincangan termasuk melantik salah seorang Timbalan Ketua Setiausaha untuk menjadi pegawai yang menyelaras unit ini.
“Unit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kepentingan Bumiputera dalam sektor hartanah dan perumahan di negara ini dijamin selaras dengan kehendak kerajaan untuk memastikan Bumiputera memiliki peratusan yang tinggi dalam pemilikan hartanah,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, hari ini.
Majlis perasmian berkenaan disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Sri Temenggong Raja.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan isteri, To’ Puan Hajah Rohani Abdullah.
Dato’ Abdul Rahman berkata, UPB juga akan menangani isu berkaitan kuota perumahan Bumiputera supaya pemaju perumahan tidak menggunakan peluang untuk membayar kompaun sebagai alasan untuk tidak membina Rumah Mampu Milik atau rumah kepada Bumiputera.
“Ada masa dan ketikanya pemaju perumahan meminta supaya rumah yang sudah dikategorikan sebagai rumah Bumiputera, apabila tidak terjual mereka meminta kebenaran untuk dijual sebagai unit biasa dan UPB akan memantau bagi mengelak perkara ini terus berlaku.
“Kita nak tahu secara teliti, betul atau tidak sudah diiklankan rumah tersebut, berapa besar iklannya. Jangan pula diiklankan di hujung, di belakang surat khabar dengan saiz yang kecil, jadi orang (Bumiputera) tidak tahu. Jadi ini alasan mereka apabila tidak dapat menjual unit rumah berkenaan kepada Bumiputera dan dijual kepada bukan Bumiputera,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga akan menangani kes yang melibatkan pemaju perumahan mendakwa rumah yang dibangunkan tiada pembeli di kalangan Bumiputera walaupun mereka sudah mengiklankannya, sedangkan permintaan di kalangan Bumiputera untuk memiliki rumah ketika ini begitu tinggi.
Selain menyelesaikan isu pemaju yang sudah mengiklankan rumah mereka tetapi gagal mendapatkan pembeli di kalangan Bumiputera, UPB juga akan mengambil alih serta membantu menjual rumah yang berkenaan kepada Bumiputera yang berkemampuan, sekaligus mengelak ia dijual kepada bukan Bumiputera.
“Mereka mempunyai banyak cara untuk melepaskan diri dari menjual unit rumah ini kepada Bumiputera di negara ini dan ini satu perkara yang akan kita kekang.
“Kita mahu supaya lokasi lot Bumiputera ini jangan letak di belakang, mesti diberi keutamaan, `corner lot’ contohnya, di lokasi yang orang hendak duduk, jangan buat dekat dengan kawasan pembuangan sampah, jadi sudah tentu minat orang tidak begitu tinggi.
“Tetapi kita akan pastikan pemaju perumahan untuk lot Bumiputera meletakkan perumahan mereka di kawasan strategik, supaya Bumiputera tidak duduk hujung-hujung, di tempat pembuangan sampah,” katanya.