Dato' Seri Haji Ahmad Said keluar dari bilik menyuarat selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman. |
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan dibubar dalam tempoh terdekat selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata langkah itu susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jam 11.30 pagi tadi.
“Saya akan mendapat tarikh sesuai sebelum mengadap SultanTerengganu yang dijangka berangkat pulang ke Terengganu dari luar negara malam ini.