Halaman
06 April 2013
Tujuh dalil haram undi PAS
Pemimpin UMNO Besut bersama orang ramai mendengar ceramah Ustaz Zainal Abidin Awang.
Oleh: Mohammad Ishak
Seluruh ahli UMNO diingatkan haram jika mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kerana parti itu banyak melakukan penyelewengan akidah Islam.
Sehubungan itu, masyarakat Islam jangan sekali-kali mengundi siapa sahaja calon PAS kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.
Peringatan itu dibuat oleh Pengerusi Minda Pondok-Pondok Kelantan, Ustaz Zainal Abidin Awang, yang tidak mahu masyarakat Islam menyokong dan mengundi PAS pada pilihan raya kali ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Umum 7 Dalil Haram Undi PAS di Dataran Jertih, Souq,malam tadi.
Ceramah anjuran UMNO Bahagian Besut itu dihadiri lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) Besut. Hadir sama Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalannya, Nawi Mohamad, Naib Ketua, Muhamad Pehimi Yusof, Setiausaha, DR A Rahman Mokhtar, Bendahari, Dato’ Seri Dr A Rahman Mokhtar dan pemimpin sayap kanan parti.
Ustaz Zainal berkata, antara penyelewangan akidah yang dilakukan pemimpin PAS terutama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Dato’ Seri Abd Hadi Awang ialah mengenai isu kalamah Allah.
Sambil menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat beliau berkata, perkara lain yang dilakukan mereka termasuklah, perkongsian dengan DAP, isu Hudud Pas, penubuhan Negara Islam dan Berkebajikan dan beberapa isu lain.
Beliau berkata, seluruh umat Islam negara ini hendaklah menolak Pakatan Pembangkang kerana jika mereka diberi peluang negara akan menimpa pelbagai masalah dan agama Islam akan hancur.