Keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat sememangnya tidak boleh disangkal serta dinafikan lagi.
Selepas hampir dua penggal mengambilalih tampuk kepemimpinan daripada Pas, pelbagai agenda dan manifesto sudah dilaksanakan bagi memastikan segala janji ditepati.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga sentiasa mencari jalan bagi menambah baik taraf hidup rakyat dalam semua aspek termasuk penjagaan kesihatan bertujuan melahirkan sumber manusia yang sihat dan cergas sekaligus menjadi tulang belakang penggerak kemajuan negeri ini.
Tabung Pesakit Kronik (TPK) adalah antara inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat miskin yang menghidap penyakit kronik mendapatkan rawatan yang lengkap dan sempurna yang pastinya tidak mampu ditanggung oleh mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata Terengganu adalah satu-satunya negeri yang menyediakan bantuan seumpama itu dan ia ditubuhkan atas kesedaran kerajaan selepas melihat penderitaan rakyat yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan bantuan perubatan segera.
Beliau berkata, sejak dilancarkan pada 2006, hampir 5,000 pesakit mendapat manfaat daripadanya membabitkan peruntukan sebanyak RM16.5 juta merangkumi kos pembedahan, pembelian ubatan dan alatan khas, makanan dan minuman khas, perbelanjaan pengangkutan serta bayaran penginapan untuk keluarga pesakit yang menerima rawatan di luar Terengganu.
Katanya, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan menyediakan peruntukan bagi tujuan itu, jumlahnya agak terhad dan pesakit terpaksa menunggu dalam tempoh masa lama bagi mendapatkan kelulusan berkaitan.
"Penyakit kronik tidak seperti penyakit biasa kerana ia memerlukan rawatan khas dengan segera dan berterusan sekaligus menyebabkan kos rawatannya sangat mahal.
"Bagi rakyat miskin, hal ini sangat membebankan dan Alhamdulillah sehingga tahun lalu, hampir 5,000 pesakit yang menghidap kanser, jantung, buah pinggang dan penyakit jarang ditemui mendapat manfaat daripadanya," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Dr A Rahman berkata, pada tahun 2012, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk TPK dan jumlah sama dikekalkan untuk tahun ini. Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersedia menambah peruntukan sedia ada jika terdapat penambahan permohonan daripada pesakit yang memerlukan rawatan dengan segera.
"Pada tahun lalu, seramai 606 pesakit menerima rawatan di HSNZ membabitkan kos lebih RM2 juta dan RM500,000 lagi dibelanjakan untuk membiayai pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital luar seperti Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Institut Jantung Negara (IJN) memandangkan kita tidak mempunyai peralatan dan kepakaran bagi menangani kes seperti kanser," katanya.