Halaman

02 April 2013

MB terima Anugerah Bapa Trasformasi Terengganu Anjung Ilmu

Oleh; Esah Abdullah

Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerima Anugerah Bapa Trasformasi Terengganu Anjung Ilmu.

Manakala Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd. Rahman menerima Anugerah Pemacu Kecemerlangan Pendidikan Terengganu.

Kedua-dua anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Encik Zakaria Hussin di majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu negeri Anjung Ilmu yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak hari ini.

Komitmen dan kesungguhan kepimpinan kerajaan negeri telah mengangkat martabat pendidikan negeri dan berada di tangga teratas khususnya dalam keputusan peperiksaan awam di negara ini.

Beberapa langkah kerajaan negeri menjadi ikutan pihak Pusat termasuk mengagihkan e-Book secara percuma kepada pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam, menubuhkan Kelas Maya, mengadakan pertukaran Guru Bahasa Inggeris, menaja pelajar perubatan keluar negara dan menaja pelajar cemerlang ke 10 buah universiti terkemuka dunia.

“Saya harap anak Terengganu terus melangkah kedepan mengejar impian menjadikan sebuah Negeri Anjung Ilmu demi membina bangsa yang berjaya dan membentuk keluarga bahagia,” kata Menteri Besar.