Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Rosol Wahid menyifatkan kenyataan Penolong Setiausaha 1, Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menerusi akaun Twitternya sebagai tindakan yang berniat jahat, prejudis dan menggambarkan kedangkalan akhlak pemimpin pembangkang itu.
“Begitu jahatnya (gambaran Khairul Fahmi terhadap ) Umno. Saya yakin Khairul Fahmi pun hidup di Malaysia atas jasa Umno, dengan pelbagai bantuan, pakaian sekolah dan sebagainya. Paling tidakpun, ibunya dahulu semasa mengandung dan melahirkan dia juga mendapatkan rawatan di hospital yang dibina oleh Umno dan Kerajaan BN.
“Inilah manusia yang tidak bersyukur, tidak berterima kasih. Bagaimanapun, saya secara peribadi mendoakan agar dia diberikan petunjuk, dibuka pintu hati supaya hilang segala hasad dengki (terhadap Umno),” katanya ketika mengunjungi Pusat Media Kelab wartawan Terengganu (Kawat), semalam.
Dato’ Rosol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil berkata, tindakan pembangkang itu juga menggambarkan golongan berkenaan kian terdesak untuk menjatuhkan pihak lawan serta sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas, malah mengejutkan banyak pihak khususnya umat Islam.
Katanya, situasi itu dilihat menjadi trend baru politik desperado akibat pembangkang yang terdesak mahu merampas kuasa pemerintahan negara.
“Ia melanda di kalangan pembangkang disebabkan hari ini kita lihat di setiap ceramah mereka kehadiran tidak memberangsangkan ditambah pula kutipan dana semasa ceramah juga kian berkurangan.
“Baru-baru ini ketika ceramah di Kuala Berang mereka dapat kutip RM240. Jadi mereka menggunakan cara-cara lain untuk mempengaruhi rakyat,” katanya.
Menurutnya, pembangkang perlu sedar bangsa Melayu masih kekal dan terkenal dengan sikap baik, menolak ekstrim, toleransi dan bersederhana, yang juga mencerminkan sifat sebenar Umno.
Pun begitu, katanya, walaupun pelbagai cacian dan tuduhan dilemparkan terhadap Umno termasuk di kalangan bangsa Melayu dan sesama Islam, pertubuhan itu masih tetap teguh, relevan, berkembang baik dan bertambah keahliannya saban hari, selain terus menabur budi dan jasa kepada rakyat negara ini.
Terdahulu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitternya menyebut, `Kalau Nabi Muhammad s.a.w masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluar…jahanam Umno’ pada 27 Mac lalu.
Tindakannya itu kemudian mendapat kecaman hebat daripada semua pihak termasuklah beberapa pihak yang membuat laporan polis.