Halaman

03 April 2013

PARLIMEN BUBAR....PEMBANGKANG SEHARUSNYA PUJI KEBERANIAN PERDANA MENTERI DAN BN KERANA SEBELUM INI MEMBUAT TUDUHAN SEBALIKNYA

Oleh: Ruslan AR 


Bila Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak baru sahaja mengumumkan pembubaran Parlimen. sepatutnya pembangkang boleh juga untuk menyatakan Perdana Menteri,dan Barisan Nasional (BN) berani dan yakin untuk mendapatkan mandat semula dari rakyat.

Di Terengganu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said juga akan memaklumkan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Terengganu setelah menyembah maklum dan perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Sepatutnya pembangkang juga m menyatakan Perdana Menteri,dan Barisan Nasional (BN) berani dan yakin untuk mendapatkan mandat semula dari rakyat. Ini kerana sebelum ini mereka menuduh Perdana Menteri dan BN yang memerintah negara sekarang takut dan bimbang kerana belum lagi membubarkan parlimen.

Sekarang Parlimen sudah terbukti dibubarkan. Perdana Menteri baru sahaja kira-kira jam 11.30 pagi ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat hari ini untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan, selepas dua minggu spekulasi hangat pembubaran.

Pembubaran diumumkan dalam ucapan Najib dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya yang disiarkan oleh RTM pada jam 11.30 pagi dan turut disiarkan stesen televisyen lain. Perdana Meneri mengumumkan pembubaran Parlimen dalam ucapan itu, yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak, terutamanya kalangan ahli-ahli politik.


Ucapan pembubaran selama sekitar 15 minit yang pertama kali seumpama ini menyampaikan berita pembubaran kepada semua secara langsung, tanpa tanda tanya dari orang ramai seperti yang biasa.

Dato’ Seri Mohd. Najib sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009 banyak melakukan transformasi yang cemerlang walaupun parti-parti pembangkang membuat fitnah dan tuduhan bermacam-macam, termasuklah kononnya ‘takut’ untuk menghadapi pilihanraya. Namun sekarang jelas kepada kita bahawa

Perdana Menteri mahukan tempoh masa yang secukupnya untuk membubarkan Parlimen dan tiada sedikit pun melanggarkan undang-undang negara. Pembubaran ini bermakna Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan penghujung April atau awal Mei.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas menerima surat rasmi memaklumkan pembubaran Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri.

Dalam ucapan ringkas itu, Perdana Menteri turut menyampaikan gesaan supaya proses pilihan raya diadakan secara aman mengikut lunas-lunas demokrasi.