“PAS
terpaksa tabur fitnah kerana takut kalah pilihanraya” – Itu reaksi Menteri
Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berhubung pelbagai dakwaan liar pihak pembangkang
menjelang pilihanraya umum ke-13.
Beliau membidas fitnah yang dimainkan pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya kos pembelian makanan untuk haiwan di Mini Zoo Kemaman terlalu tinggi.
Menjawab
tuduhan itu, pembukaan produk pelancongan itu bukanlah sesuatu yang merugikan
Kerajaan Negeri dan rakyat kerana sehingga kini hasil kutipan tiket yang
diperolehi sudah melebihi RM2 juta sejak ianya dibuka pada April 2009.
“Yang
terbaru pada bulan lepas pembangkang dakwa rakyat Terengganu dianak tirikan
sebab kata mereka Kerajaan beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat
hanya RM500 setahun tetapi bagi harimau di Zoo Kemaman makan RM450 sehari.
“Saya tanya Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) kos yang dibelanjakan untuk memberi makan lima ekor harimau di zoo itu hanya RM150 hingga RM180 sehari, bukan RM450 seperti didakwa” katanya.
“Saya tanya Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) kos yang dibelanjakan untuk memberi makan lima ekor harimau di zoo itu hanya RM150 hingga RM180 sehari, bukan RM450 seperti didakwa” katanya.
Beliau
berkata demikian pada Majlis Penyampaian BR1M 2.0 kepada lebih 2,000 penerima
di Bandar Cheneh Baru, Kemaman hari ini. Hadir sama, ADUN Air Putih, Wan Abdul
Hakim Tan Sri Wan Mokhtar dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman.
Mengulas
lanjut, Dato’ Seri Ahmad berkata, sehingga akhir tahun lepas Taman Rekreasi dan
Mini Zoo Kemaman berjaya mencatatkan jumlah pengunjung lebih 400,000 orang.
“Sepanjang cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini sahaja jumlah pengunjung yang datang berjumlah lebih 10,000 orang. Adakah ini dikatakan sebagai membazir dan tidak berfaedah?
“Sepanjang cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini sahaja jumlah pengunjung yang datang berjumlah lebih 10,000 orang. Adakah ini dikatakan sebagai membazir dan tidak berfaedah?
“Tidak
lama lagi, zoo berkenaan akan mempunyai tarikan baru iaitu zirafah yang
diberikan secara percuma oleh Zoo Melaka,” jelas beliau.