Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan betapa buruk dan jahilnya PAS dan pemimpin parti pembangkang itu ketika memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004.
Katanya, antara kejahilan dan keburukan itu apabila banyak syarikat milik kerajaan negeri dijual sehingga ada yang terpaksa dilelong oleh bank atau lenyap tidak dapat dikesan.
Beliau berkata, beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang mempunyai pegangan saham seperti A&W, Medic Air, Pelangi Air dan sebuah syarikat yang terbabit dalam pengurusan dermaga di Kemaman iaitu West Wharf yang dilelong oleh bank.
“Kita kecewa dalam tempoh lima tahun semasa PAS memerintah negeri ini (1999-2004) banyak perkara yang dilakukan membabitkan syarikat keraaan.
“PAS telah menjual syarikat A&W milik kerajaan Terengganu yang baru mendapat lesen untuk membuka cawangan di Singapura, Manila (Filipina) dan juga di Bangkok (Thailand).
“Kerajaan negeri (ketika zaman pimpinan bekas Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad) membabitkan diri dalam perniagaan ‘fast food’ adalah sebagai usaha untuk memperluaskan produk halal ini.
Beliau berkata, PAS menjual syarikat itu apabila memerintah negeri ini. “Begiutu juga dengan syarikat penerbangan Medic Air yang lenyap begitu saja dan saya cuba kesan failnya tetapi tak jumpa.
“Kita tak tahu apa jadi pada Medic Air dan ke mana pergi kapal terbang dan juga pelangi Air yang dibiarkan begitu sahaja,” katanya.
Ahmad berkata, lebih menyedihkan lagi apabila kerajaan PAS ketika memerintah negeri ini juga gagal menjelaskan pinjaman bank bagi pembinaan pelabuhan West Wharf di Kemaman yang dibina oleh kerajaan BN sebelum itu.
Disebabkan kerana kepetingan politik, PAS membiarkan pelabuhan itu yang dibina dengan harga RM80 juta dilelong oleh bank yang diambil oleh sebuah syarikat di Kuala Lumpur dengan harga RM12 juta yang membabitkan kawasan tanah industry seluas kira-kira 280 hektar.
“Tetapi, kita mengambil langkah mengambil semula West Wharf yang membabitkan tanah seluas 240 hektar dan saham syarikat itu menerusi pembelian secara pakej bernilai RM240 juta dan akan diselesaikan dalam masa terdekat. “Pembelian semula West Wharf ini yang PAS membiarkan bank lelong untuk memblehkan kita (kerajaan negeri) mengendalikan pengurusan dan perniagaan kargo yang mampu memberi pendapatan lumayan,” katanya.
Ditanya PAS menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti binatang yang diberikan makanan, beliau berkata ia amat keterlaluan.
Sambil melahirkan rasa kesal dan sedih, beliau berkata tuduhan itu didakwa turut dilemparkan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramahnya dalam majlis PAS Ganti UMNO di negeri ini.
Katanya, bekas artis yang juga bekas pelawat Bob Lokman kini menyertai PAS juga dalam ceramahnya menyamakan penerima BR1M sama seperti ayam yang dating apabila ditabur makanan. “Terbaru saya juga diberitahu Abdul Hadi dalam ucapanya (ceramah PGU) baru-baru ini di negeri ini menyebut mereka yang menerima bantuan kerajaan BR1M sebagai binatang yang diberi makan.
“PAS juga sebenarnya menghina penyokongnya sendiri yang juga ramai menerima BR1M. “Saya meminta penyokong PAS yang menerima bantuan ini yang turut dilabelkan seperti binatang oleh pemimpin mereka jangan undi PAS pada pilihan raya ini (PRU-13),” katanya.