Proses pemindahan dan penempatan mangsa banjir di semua pusat pemindahan yang beroperasi di seluruh Hulu Terengganu sejak dua hari lalu berjalan lancar.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari, berkata pihak berkuasa dan agensi yang terlibat dengan bencana alam itu dapat menjalankan kerja menyelamat mangsa banjir tanpa berdepan dengan kesulitan dan masalah besar.
“Alhamdulilah di kawasan saya di Hulu Terengganu ini, semuanya proses berjalan lancar, kerana difahamkan taklimat (mengenai banjir) sudah dibuat tiga bulan lalu dan persiapan awal untuk memastikan sekiranya bencana banjir berlaku di kawasan Hulu Terengganu, kita dapat menghadapinya dengan baik,”katanya selepas meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sekitar Hulu Terengganu, hari ini.
Sebelum itu, beliau melawat dua pusat pemindahan di Dewan Sivik Batu 24, Kampung Tok Bat dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Nibong, pagi ini.
Seramai 167 mangsa dari 52 keluarga berada di Dewan Sivik , manakala 58 mangsa dari 28 keluarga di SK Kampung Nibong.
Sehingga pagi ini, seramai 1,758 mangsa ditempatkan di 31 pusat pemindahan di seluruh Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, semua mangsa di pusat pemindahan Menerong dan Peladang sudah pulang ke kediaman masing-masing selepas rumah mereka selamat didiami sejak pagi tadi.
Dato’ Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, bekalan makanan yang di pusat pemindahan juga mencukupi untuk tempoh tiga hari lagi sekiranya kesemua mangsa perlu terus berada di pusat pemindahan terbabit.
Malah, pihaknya bersiap-sedia menambah bekalan makanan ke penempatan pemindahan sementara itu jika perlu berbuat demikian dan bergantung kepada keperluan semasa.
“Pihak yang mengawal selia sudah membuat persediaan yang teratur, kita lihat dari segi semua bekalan makanan sudah dibekalkan. Bagaimanapun, masih ada penghuni yang tinggal di pusat penempatan ini kerana keadaan tidak mengizinkan mereka balik ke rumah masing-masing.
“Saya ucapkan tahniah kepada pihak jawatankuasa yang memberi kerjasama dan menempatkan mangsa banjir di SK Kampung Nibong. Saya lihat cuaca semakin baik dan berharap supaya keadaan pulih dalam masa terdekat agar mangsa-mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing,” katanya.