Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal berkenan berangkat melawat ke beberapa pusat perpindahan banjir di daerah Kemaman semalam.
Keberangkatan Sultan Terengganu disambut Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Dato’ Haji Mazlan Ngah serta Ketua Polis Terengganu Dato’ Jamshah Mustafa.
Baginda berkenan menyampaikan bantuan berupa barang keperluan harian kepada mangsa di pusat perpindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Iman Kemaman serta meninjau keadaan jalan yang terjejas teruk di Bukit Mentok.