Oleh:Noraini Jusoh
Seramai 17 orang daripada 50 peserta program Fulbright English Teaching Assistants (ETAs) dari Amerika Syarikat, ditempatkan di Terengganu sejak awal Januari lalu, kata Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
“Sepanjang sepuluh bulan berada di negeri ini, seramai 14 orang pembantu guru Bahasa Inggeris (ETA) ditempatkan di sekolah menengah manakala tiga orang lagi ditempatkan di sekolah rendah.
Seramai 17 orang daripada 50 peserta program Fulbright English Teaching Assistants (ETAs) dari Amerika Syarikat, ditempatkan di Terengganu sejak awal Januari lalu, kata Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
Haji Tun Ahmad Faisal dan Pengarah Pelajaran Negeri, Zakaria Husin beramah mesra dengan guru-guru English Teaching Asistant di majlis perpisahan guru-guru ETA di Pulau Duyong.
|
“Selain Terengganu, 33 orang lagi pembantu guru Bahasa Inggeris (ETA) ditempatkan di Pahang dan Johor,” ujarnya ketika sidang media berlangsung di Majlis Perasmian Pameran Foto Sempena 50 tahun Program Peace Corps Di Malaysia, hari ini.
Katanya, program ETAs yang mula diperkenalkan di negeri ini sejak tahun 2006 telah mula menunjukkan hasil apabila ramai pelajar boleh menguasai bahasa antarabangsa itu.
“Dengan bantuan ETA yang fokus kepada pengajaran Bahasa Inggeris, sedikit sebanyak telah membantu pelajar kita cemerlang dalam peperiksaaan awam setiap tahun.
“Selain dapat berkongsi pengalaman antara ETA dan pelajar, program kerjasama antara Amerika Syarikat dan negara kita ini dapat memperkenalkan budaya, makanan dan adat resam Terengganu di mata dunia,” ujarnya.