Halaman

24 October 2012

Ketengah bantu promosi Tahun Melawat Terengganu( TMT ) 2013

Oleh: Mastura Jamaluddin

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berjaya menganjurkan satu pertandingan berprestij iaitu Kenyir Motocross Challenge 2012 di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, kelmarin, yang di hadiri pelbagai peringkat usia peminat permotoran.

Acara tersebut yang merupakan program tahunan, telah bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Haji Rozi Mamat telah merasmikan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang sempena pertandingan tersebut.


“Sembilan program pelancongan Tasik Kenyir sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 bagi mempromosikan tasik buatan manusia terbesar di mata dunia. Program ini berkonsepkan kegiatan sukan,fotografi dan rekreasi untuk para pelancong yang datang ke Tasik Kenyir.



“Kita juga mahu keindahan Tasik Kenyir yang semulajadi diterokai sepenuhnya oleh para pelancong dalam dan luar negara semasa TMT 2013 nanti dan mendapat pengalaman baru untuk di bawa balik serta di promosikan di negara mereka nanti,” kata Pengurus Besar KETENGAH,Encik Wan Mat Amin Wan Daud ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Salah satu program tersebut ialah Pertandingan Memancing Jelajah Tasik Kenyir yang akan diadakan sebanyak lima siri bermula dari bulan Februari hingga November 2013.

Selain itu, katanya, Kenyir Lake International Triathlon pula akan diadakan pada bulan Mac 2013 diikuti dengan “Boat On The Road” dan Festival Tasik Kenyir.